Sunday, April 6, 2008

tepuk dada, tanya selera...

Hari ini Pak lah akan menemui ketua-ketua penerangan UMNO seluruh Malaysia. Tun Dr. Mahathir akan mengadakan perjumpaan dengan ahli UMNO di Ampang. Agenda utama ialah mengenai kelangsungan hidup UMNO dalam politik di Malaysia. Tun Mahathir secara jelas mahukan Pak Lah berundur. Pak Lah secara jelas mahu terus kekal sebagai Presiden dan PM Malaysia.

Setiausaha Perhubungan Badan UMNO Pahang, menyeru semua ahli MT UMNO meletak jawatan dan dengan demikian satu pemilihan baru akan dapat diadakan dalam tempoh 60 hari. UMNO Gua Musang telah mengadakan EGM untuk pindaan perlembagaan dan supaya semua bahagian mengadakan EGM. Banyak kaedah yang boleh di pilih bagi menyelesaikan kemelut dalam UMNO.

Kaki ampu bodek MT sibuk membuat kenyataan dengan di bantu oleh pakar butarbelit dari TV3 dan NST. Panglima Pak Lah, saperti Zahid, Khaled, Nazri dah mula menyalak bagai budak mentah yang hanya menjelaskan lagi mereka tidak faham dan masih lagi dalam dunia sindrom penafian seolah-olah rakyat masih lagi mahukan PakLah, UMNO dan BN.

Ahli-ahli UMNO, tepuk dada tanya selera. Hanya satu perkara yang tetap dalam dunia hari ini,..... Perubahan!!

No comments: