Wednesday, April 16, 2008

Shahrir Samad...vs Mahyuddin

Tan Sri Mahyuddin secara jelas memberikan pendapatnya bahawa perubahan pucuk pimpinan adalah perlu dan perlu di buat dalam masa yang terdekat. Jelas bahawa Pak Lah harus melepaskan jawatannya akibat kekalahan dalam PRU12 baru-baru ini demi menentukan UMNO akan terus relevan..

Tetapi...., Shahrir Samad menyatakan orang melayu tak perlu panik dan tak perlu desak Pak Lah berhenti kerana 5% sahaja melayu yang beralih angin kepada pembangkang. Perkiraan beliau tidak lengkap, cetek dan penuh dengan muslihat untuk mempertikaikan kenyataan Tan Sri Mahyuddin. Semua orang tahu dia bukan baik sangat dengan Mahyuddin.

Beliau lupa bahawa 5% melayu tu lah menyebabkan UMNO kehilangan 30 kerusi parlimen dan hampir 70 kerusi DUN di seluruh Malaysia.

Pelik orang macam ini pun UMNO boleh pakai dan jadi menteri pulak tu. Kalau 10% melayu kalih ke pembangkang UMNO ruyup terus...

1 comment:

jeanbara said...

Saudara mengkuang,
Ada 3 perkara sahaja yang menyebabkan saya ingat pada Shahril ini.
1) Sebagai menteri yang kuat berjongging pada masa mudanya dulu.
2) Sebagai ahli parlimen pertama yang pernah 'tunjuk perasaan' sorang-sorang dengan bertinggung di luar Parlimen.
3) Sebagai orang yang terus-menerus memusuhi Tun Mahathir (dan saya agak hal ini ada kaitan dengan mentornya Musa Hitam).
Selain daripada itu saya tak pernah pedulikan dia sangat. Kenyataannya, dalam konteks politik, saya rasa tak pernah pun ada value. Siapa pun boleh buat kenyataan macam tu!