Friday, April 11, 2008

Kedah menolak kepimpinan Pak Lah.....

Sah! Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah menyalah dan menolak kepimpinan Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia dan bekas MB Dato Seri Mahadzir Khalid selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Dalam pertemuan hampir tiga jam di Sungai Petani semalam, Pak Lah, Khairy dan Mahazir Khalid di kecam hebat dan di anggap penyebab utama kekalahan UMNO di Kedah dan di lain-lain negeri. Bekas Menteri Besar itu telah di kecam di hadapan semua delegasi UMNO Malaysia. Tindak tanduk beliau dalam pemilihan calon tanpa konsultasi daripada bahagian UMNO , soal hubungan peribadi beliau, soal pegawai-pegawai beliau yang campurtangan di bahagian-bahagian dan kesimpulannya mereka mempertikaikan perlantikan beliau sebagai pengerusi perhubungan. Pendek kata ianya satu usul tidak percaya dan dalam kata lain beliau patut berhenti atau pun di pecat dari jawatannya sekarang.

Dato Badaruddin Amiruldin, Ketua UMNO Yan dan Pengerusi tetap UMNO Malaysia yang cuba mengampu bodek Pak Lah telah di bbbbooooooooo oleh perwakilan yang hadir pada hari tersebut.

Perbuatan menghina Tun Dr. Mahathir oleh pemimpin UMNO pusat juga telah di tegur oleh pemimpin-pemimpin UMNO Kedah. Semalam merupakan mimpi ngeri pada Dato Johari Baharom, Ketua UMNO Kubang Pasu. Dua orang kuat Pak Lah Mahazir Khalid dan Johari Baharom (kedua-duanya bekas Setpol Pak Lah) barangkali baru tersedar dari tidur bahawa bos mereka tidak lagi mendapat tempat di Kedah.

Di perjumpaan tersebut juga Dato Najib dan Tan Sri Mahyudin telah dicadangkan untuk mengambil alih kepimpinan UMNO dan pemerintahan dengan tepukan gemuruh... kita lihat apa jadi dengan pertemuan Pak Lah dengan UMNO Johor hari ini......

No comments: