Wednesday, April 30, 2008

selamat hari pekerja....

Kepada semua rakan-rakan saya mengucapkan selamat hari pekerja. Moga-moga tahun-tahun yang akan datang semua akan bertambah produktif dan makin berkualiti..

Monday, April 28, 2008

selamat bersidang....

Hari ini 222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah jawatan masing-masing. Besok pembukaan sidang parlimen penggal ke12 akan bermula dengan titah ucapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Banyak sejarah dan keunikan ahli parlimen penggal ini, khususnya ada anak beranak, ada anak menantu dsbnya. Manakal 99 orang merupakan muka baru. untuk pertrama kali BN tidak mempunyai 2/3 majoriti dalam parlimen.

Sessi soal jawab juga di jangka amat menarik memandangkan pihak kerajaan hanya akan di wakili oleh Menteri dan Timbalan Menteri. Jawatan Setiausaha Parlimen tidak diujudkan pada kali ini. Kepada mereka, selamat bersidang.......

Saturday, April 26, 2008

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn....

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, memohon maaf kepada orang-orang melayu dan bukan melayu terhadap perbuatan beliau menghunus dan mencium keris dalam perhimpunan UMNO yang lalu. Bernama melaporkan beliau membuat kenyataan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia semalam.

Sebelum ini beliau juga telah mengumumkan akan melepaskan jawatan ketua pemuda pada persidangan UMNO yang akan datang. Ketika imej BN, UMNO dan Pemuda UMNO tercalar dan berada di tahap yang cukup rendah, beliau membuat keputusan yang tepat. Sesungguhnya pemuda yang ditinggalkan oleh beliau mempunyai tanggungjawab yang amat berat. Jika pergerakan ini mahu untuk terus relevan, sememangnya Pemuda memerlukan kepimpinan baru, imej yang baru dan idealisma yang baru.

Sebagai pemimpin, memohon maaf adalah satu tindakan yang menggambarkan sifat bertanggungjawab. Dalam kes ini , walaupun ianya satu yang pahit, kepada beliau dan juga pemuda, tindakan tersebut adalah jalan yang betul. Sesiapa yang bakal mengganti beliau akan dapat terus memandang ke depan tanpa perlu membawa bebanan yang ditinggalkan beliau.

Sunday, April 20, 2008

kijang care......

Tiga hari yang lepas, anak gadis yang baru berumur 13 tahun, adik Che Siti Azreen yang di bawa oleh pendatang Indonesia ke Lombok, Indonesia, telah di bawa balik dengan selamat ke Malaysia. Perbelanjaan membawa pulang mereka telah di tanggung dan diusahakan oleh NGO, Kijang Care, yang dinaungi oleh Datuk Husam Musa. Datuk Husam menggunakan rakannya Sdr Alex Ong dari Migrant Care untuk menjejak adik Azreen dan akhirnya mereka berjaya membawa pulang gadis ini dengan selamat.

Persoalannya apa yang telah di buat oleh kerajaan Malaysia? PDRM, Kedutaan Malaysia? Cerita ini meneyentuh hati seluruh rakyat Malaysia. Tahniah Datuk Husam !

http://www.husammusa.com

Nazri Aziz lagi.........

Terbaru di KK, Sabah, Nazri menteri jaga parlimen, kabinet Pak Lah, membuat kenyataan dan menganggap sesiapa yang meminta Pak Lah berhenti adalah orang yang tak tau erti demokrasi. Katanya dia di pilih oleh rakyat dan telah menang dalam PRU12. Bila diberitahu kepada beliau ada juga menteri yang meminta Pak Lah berhenti. Beliau menyatakan sebab mereka menteri tidak semestinya apa yang mereka katakan adalah betul !!

Itu lah kualiti menteri yang Pak Lah ada sekarang ini. Teruskan 'insulting the rakyat" moga-moga umur BN dan UMNO makin cepat padam dalam politik Malaysia....

Thursday, April 17, 2008

Poster sambutan kepada J/k pengurusan UMNO

Di Selangor kabarnya, semua Jawatankuasa Pengurusan UMNO Malaysia di sambut meriah. Teman ingatkan orang Selangor takut dengan Muhammad Muhd Taib. Cuba lihat paparan di blog Rocky'bru.....

rocky's bru: Running mates

Spin..... NST mencuba lagi....

" Put the nation first".. Sebelum tu muka depan di penuhi dengan rencana pengarang. Banyak desperado sekarang ini bukan saja orang politik malah orang surat khabar pun ada...

Putar, jangan tak putar, belit jangan tak belit, masa semakin pendek..

Wednesday, April 16, 2008

Shahrir Samad...vs Mahyuddin

Tan Sri Mahyuddin secara jelas memberikan pendapatnya bahawa perubahan pucuk pimpinan adalah perlu dan perlu di buat dalam masa yang terdekat. Jelas bahawa Pak Lah harus melepaskan jawatannya akibat kekalahan dalam PRU12 baru-baru ini demi menentukan UMNO akan terus relevan..

Tetapi...., Shahrir Samad menyatakan orang melayu tak perlu panik dan tak perlu desak Pak Lah berhenti kerana 5% sahaja melayu yang beralih angin kepada pembangkang. Perkiraan beliau tidak lengkap, cetek dan penuh dengan muslihat untuk mempertikaikan kenyataan Tan Sri Mahyuddin. Semua orang tahu dia bukan baik sangat dengan Mahyuddin.

Beliau lupa bahawa 5% melayu tu lah menyebabkan UMNO kehilangan 30 kerusi parlimen dan hampir 70 kerusi DUN di seluruh Malaysia.

Pelik orang macam ini pun UMNO boleh pakai dan jadi menteri pulak tu. Kalau 10% melayu kalih ke pembangkang UMNO ruyup terus...

Sunday, April 13, 2008

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang baru.....

Dari Kedah ke pulau Pinang
Singgah sekejap di Johor Baru
Banyak yang sukar dari yang senang
Bagai naik asap Pak Lah di buru

Seminggu ini ceritanya semua mahukan Pak Lah mengundur diri. Berhenti atau tidak, implikasinya kepada Pengerusi Perhubungan di negeri berkenaan amat berat. Johor mungkin terselamat kerana UMNO masih menang dan MB masih mempunyai kredibiliti. Persoalannya apa hal di Kedah dan Pulau Pinang??

Di Kedah dan Pulau Pinang hampir kesemua bahagian menolak Pak Lah. Di Kedah, Datuk Mahadzir Khalid, pengerusi UMNO negeri dan orang kuat Pak Lah di belasah di depan Dato Najib oleh Timbalanya sendiri dan ketua-ketua bahagian. Soalnya kepimpinan beliau dipersoalkan dan tidak lagi mempunyai legitimasi. Dengan demikian amat sukar beliau untuk berfungsi kerana ketua bahagian akan memboikot beliau dan akibatnya semua aktiviti UMNO akan tergendala.

Di Penang, Pak Lah selaku Ketua Perhubungan akan bertentangan dengan tujuh ketua bahagian yang menentangnya. Juga soal kredibiliti dan legitimasi. Beliau mungkin PM Malaysia tapi di Pulau Pinang beliau tidak di terima oleh UMNO negeri.

Jalan keluar dari kemelut inin sudah tentu memerlukan muka baru mengambil alih kepimpinan UMNO di kedua buah negeri berkenaan. Persoalannya siapa??? Nampaknya lagi sekali UMNO perlu memilih calon neutral bagi menjadi pengerusi perhubungan UMNO negeri. Kalau tak ada calon di negeri bermakna naib presiden atau timbalan presiden perlu memgang jawatan ini buat sementara waktu... Banyak kerja yang menanti dan perlu di buat. Masa untuk berpolimik semakin singkat, sekarang masa untuk bersunting lengan bekerja dan bertindak...!

Lagi perkembangan di Perak.......

Semalam, di Perak Dato' Radzi Manan secara terbuka di depan Dato Najib dan rombongan telah meminta supaya Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Dato Tajul Rosli, meletak jawatan. Kepimpinan yang lemah di peringkat pusat, terutama Pak Lah, gagal melihat perkembangan ini.. Masa semakin singkat, UMNO akan lebih singkat umurnya dengan kegagalan untuk bertindak cepat....

Saturday, April 12, 2008

Alahai .... Lagi kisah peguam..

Peguam dan menteri dalam UMNO saperti Syed Hamid, Rais Yatim, Nazri dan Zaid Ibrahim patut membaca komen dari another Brick in the Wall...

Another Brick in the Wall: There's a New Comedian in Town ... It's Another Param!

PM akan terus kekal....??

Bermula dengan Kedah, Penang dan hari ini di Johor, semuanya mahukan Pak Lah berundur. Kedah dengan Penang amat berterus terang mungkin kerana lebih bebas. Manakala Johor agak lebih beradab kerana berdepan dengan Pak Lah sendiri. Difahamkan tiga ketua bahagian telah mewakili UMNO Johor secara jelas meminta Pak Lah membincangkan dengan Dato Najib mengenai proses peralihan kuasa. Malam tadi kabarnya Dato Najib pula mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO Johor....

Berdasarkan hasil perjumpaan di tiga negeri, jelas Pak Lah di minta mengosongkan kerusi PM dan juga Presiden UMNO Malaysia. Dato Najib dan rombongannya di jangka mendapat jawapan yang sama bila berada di Perak, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Terengganu. Hanya Melaka dan Negeri Sembilan yang mungkin menyokong Pak Lah. Itu pun belum tentu, pemimpin akarumbi mungkin mempunyai pandangan berbeza dengan pemimpin negeri.

Permintaan secara lantang , berterus terang dan terbuka ini adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh Dato Najib dan lain-lain ahli Jawatankuasa Pengurusan UMNO. Permintaan dan rayuan ini menuntut satu penyelesaian yang bijak di buat terutama sekali jika Pak Lah masih lagi berdegil dengan sikapnya yang masih mahu meneruskan kepimpinan beliau. Bila isu saperti di bawa ke peringkat cawangan semasa mesyurat tahunan bulan Mei/Jun nanti ianya akan menjadi lebih parah.

Hanya satu pilihan yang Pak Lah ada.... menetapkan hari, supaya pertukaran pemimpin dapat di buat secara sempurna dan tertib...

Friday, April 11, 2008

Mahathirism.....

Sejak akhir-akhir ini terdapat serangan secara halus terhadap Tun Mahathir dengan cara akhbar-akhbar memberi ruang yang luas dan memuatkan komen terutamanya MP Karpal Singh terhadap Tun Mahathir. Sejak bila akhbar kepunyaan UMNO di benarkan memberi ruang kepada orang saperti Karpal menghentam dan kadang-kadang menghina bekas PM saperti Tun Mahathir? Barangkali, sejak Pak Lah meletak orang-orangnya di TV3, NST dan Utusan

Sementara itu masih ramai rakyat Malaysia yang kekal mengenang budi dan jasa Tun Mahathir dengan berbagai cara. Terbaru satu website khusus saperti di bawah telah diujudkan.....

Mahathirism: Tun Dr. M Must Not Apologise .

Kedah menolak kepimpinan Pak Lah.....

Sah! Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah menyalah dan menolak kepimpinan Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia dan bekas MB Dato Seri Mahadzir Khalid selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Dalam pertemuan hampir tiga jam di Sungai Petani semalam, Pak Lah, Khairy dan Mahazir Khalid di kecam hebat dan di anggap penyebab utama kekalahan UMNO di Kedah dan di lain-lain negeri. Bekas Menteri Besar itu telah di kecam di hadapan semua delegasi UMNO Malaysia. Tindak tanduk beliau dalam pemilihan calon tanpa konsultasi daripada bahagian UMNO , soal hubungan peribadi beliau, soal pegawai-pegawai beliau yang campurtangan di bahagian-bahagian dan kesimpulannya mereka mempertikaikan perlantikan beliau sebagai pengerusi perhubungan. Pendek kata ianya satu usul tidak percaya dan dalam kata lain beliau patut berhenti atau pun di pecat dari jawatannya sekarang.

Dato Badaruddin Amiruldin, Ketua UMNO Yan dan Pengerusi tetap UMNO Malaysia yang cuba mengampu bodek Pak Lah telah di bbbbooooooooo oleh perwakilan yang hadir pada hari tersebut.

Perbuatan menghina Tun Dr. Mahathir oleh pemimpin UMNO pusat juga telah di tegur oleh pemimpin-pemimpin UMNO Kedah. Semalam merupakan mimpi ngeri pada Dato Johari Baharom, Ketua UMNO Kubang Pasu. Dua orang kuat Pak Lah Mahazir Khalid dan Johari Baharom (kedua-duanya bekas Setpol Pak Lah) barangkali baru tersedar dari tidur bahawa bos mereka tidak lagi mendapat tempat di Kedah.

Di perjumpaan tersebut juga Dato Najib dan Tan Sri Mahyudin telah dicadangkan untuk mengambil alih kepimpinan UMNO dan pemerintahan dengan tepukan gemuruh... kita lihat apa jadi dengan pertemuan Pak Lah dengan UMNO Johor hari ini......

Tuesday, April 8, 2008

Zahrin Sang Kelembai...

Satu kejayaan lawatan Pak Lah ke Sabah... Hmmm Sang Kelembai kembali mencium tangan Pak Lah. Zahrin memang kerap di Sabah. Setiap kali pilihanraya di Sabah beliau akan berada di sana. Sejak zaman Osu Sukam, malah lebih awal dari itu.. Tidak aneh, Zahrin pernah bekerja dengan Ku Nan. Hadiah untuk Pak Lah mungkin dari Ku Nan dan mungkin juga Musa Aman! Kita lihat apa kesudahannya dengan kisah ini..

Monday, April 7, 2008

masih dalam sindrom penafian.....


Kekalahan BN dan UMNO dalam PRU12 adalah berpunca dari Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh dan perbuatan sabotaj ?? Itu adalah intipati alasan yang dikemukakan oleh PM dalam sidang akhbar selepas perjumpaannya dengan wakil-wakil UMNO seluruh Malaysia. Nampaknya analisa PM, semua kekalahan dalam PRU12 berpunca dari orang lain.

Presiden UMNO, PM, Pak Lah dan KJ tak salah!Kepimpinannya yang lemah tak salah. Faktor-faktor saperti jenayah yang meningkat (hasil survey prof UIA), kenaikan harga barang, keselamatan yang tak terjamin, kenaikan harga minyak, rasuah, nepotisma dan peluang perniagaan terhadap anak menantu, pengurusan ekonomi yang lemah, hilang kepercayaan pelabur asing, pengendalian kes-kes agama dan minoriti, putarbelit Utusan, NST & TV3, ECM Libra, MAS vs Air Asia, pengendalian HINDRAF, mencabar rakyat di peti undi, pemilihan calon-calon pra pemilihan UMNO, kabinet dapur tingkat4, kerakusan pemimpin UMNO mendapat projek dan menebang balak di negeri-negeri, politik menakutkan rakyat i.e. menghunus keris dalam sidang UMNO, etc, etc,.......... Semua ini tidak menjadi faktor kekalahan.

Saperti biasa TV3, RTM akan mendapatkan ulasan dari tukang ulas saperti Syed Hamid, Ali Rustam, Khaled Nordin, Muhammad Muhd Taib, Zahid Hamidi dan Nazri Aziz untuk mengiakan semua hujjah PM. Orang utara kata mereka ini akan jadi nasi tambah. Pendek kata orang UMNO yang memangkah PAS pada pilihanraya yang lalu semuanya bodoh belaka. Begitu juga orang India yang duduk di pondok panas PAS dan PKR semuanya bodoh-bodoh belaka. Orang-orang China MCA dan Gerakan yang memberi undi kepada DAP, PAS dan PKR juga adalah bodoh???? Maka bertepuk tangan lah orang-orang UMNO di PWTC kerana PM telah mendapat dan memberi jawapan kenapa BN dan UMNO kalah teruk dalam PRU12 baru-baru ini.

Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya!... Cuma kita menanti mungkin akan ada Jebat di kalangan pemimpin UMNO yang berani berkata benar dan tidak hidup dalam sindrom penafian saperti Pak Lah dan kabinetnya kini..........
Dulu saya ada menceritakan bagaimana Tan Sri Sanusi menceritakan tentang Anwar Zaini orang kuat Pak Lah. Agaknya Pak Lah pun sama dengan penasihat beliau....... dia tahu dah dia nak mati di langgar kenderaan, cuma kalau lori, dia memilih biarlah ia mati di langgar roll royce... saperti di Perlis dan Terengganu kot.... Kita tunggu dan lihat.





Sunday, April 6, 2008

tepuk dada, tanya selera...

Hari ini Pak lah akan menemui ketua-ketua penerangan UMNO seluruh Malaysia. Tun Dr. Mahathir akan mengadakan perjumpaan dengan ahli UMNO di Ampang. Agenda utama ialah mengenai kelangsungan hidup UMNO dalam politik di Malaysia. Tun Mahathir secara jelas mahukan Pak Lah berundur. Pak Lah secara jelas mahu terus kekal sebagai Presiden dan PM Malaysia.

Setiausaha Perhubungan Badan UMNO Pahang, menyeru semua ahli MT UMNO meletak jawatan dan dengan demikian satu pemilihan baru akan dapat diadakan dalam tempoh 60 hari. UMNO Gua Musang telah mengadakan EGM untuk pindaan perlembagaan dan supaya semua bahagian mengadakan EGM. Banyak kaedah yang boleh di pilih bagi menyelesaikan kemelut dalam UMNO.

Kaki ampu bodek MT sibuk membuat kenyataan dengan di bantu oleh pakar butarbelit dari TV3 dan NST. Panglima Pak Lah, saperti Zahid, Khaled, Nazri dah mula menyalak bagai budak mentah yang hanya menjelaskan lagi mereka tidak faham dan masih lagi dalam dunia sindrom penafian seolah-olah rakyat masih lagi mahukan PakLah, UMNO dan BN.

Ahli-ahli UMNO, tepuk dada tanya selera. Hanya satu perkara yang tetap dalam dunia hari ini,..... Perubahan!!

Saturday, April 5, 2008

pembaharuan UMNO....


Secara resmi satu usul untuk EGM dan pindaan perlembagaan telah diluluskan oleh UMNO Gua Musang. Sebelum ini UMNO Cheras dan Muar telah bersuara tapi belum mengadakan EGM mereka. Semalam Hishamudin mengumumkan untuk tidak memeprtahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ruang dan permulaan pembaharuan UMNO Malaysia mula terbuka!

Sudah pasti Ketua Pemuda UMNO akan terdiri dari muka baru. Hishamudin sendiri mengakui telah sampai masanya orang baru mangambil alih teraju kepimpinan sayap UMNO itu. Beliau juga sedar beliau bukan lagi aset kepada Pemuda malah akan menjadi tanggungan. Sekurang-kurangya beliau membuka ruang ke arah pembaharuan Pemuda Umno. Yang penting tiada lagi keris dan retorik dalam pemuda.

Sudah pasti ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) juga memerlukan muka-muka baru yang bukannya pak turut dan tukang angguk macam yang ada sekarang ini. Sepatutnya ahli MT yang ada sekarang boleh menyelesaikan masaalah kepimpinan UMNO sekarang dengan mudah jika mereka berani mendesak dan meminta Pak Lah meletak jawatan. Malangnya semua mereka menjadi Pak Turut dan Tukang Angguk dan akibatnya UMNO di lihat sekarang ini sebagai satu parti yang sangat lemah. Barangkali sampai masanya keseluruhan ahli MT yang ada di ganti dengan muka-muka baru yang boleh membuat pendirian sendiri dalam saat-saat kritikal saperti sekarang ini.

Tiga jawatan Naib Presiden UMNO juga perlu di ganti. Penyandang yang ada sekarang, Dato Ali dan Mahyuddin juga sangat lemah dan merupakan pak turut yang utama dalam mengekalkan Pak Lah. Kalau ahli MT menjadi pak turut, sepatutnya Naib Presiden boleh memberikan sedikit petunjuk kepada kebaikan parti. Malangnya mereka juga terjebak dengan politik ampu bodek tidak bertempat dan akhirnya kehadiran mereka sebagai bakal pengganti kepimpinan amat tidak berguna lagi. UMNO tidak kekurangan pemimpin, jadi orang saperti Khir Toyo, Husni Hanazalah, tokoh-tokoh dari Sabah patut mengisi tempat ini.

Timbalan Presiden sekarang, Dato Najib berada dalam keadaan yang rumit. Politik selamat yang cuba di bawa oleh beliau mungkin menjerat diri. Sementara ahli UMNO masih sayangkan Najib, Tun Mahathir masih menyebut namanya, Najib harus membuat perkiraan yang stratejik. Tsunami yang melanda PRU12 tetap akan berulang dalam pemilihan parti kali ini.
Barangkali Dato Najib dapat bertahan dan selamat.

Kedudukan Presiden UMNO bagai telor di hujung tandok. Undi tak percaya di Parlimen akan menjadi ujian pertama. Jika ahli UMNO berjaya mengadakan EGM dan bilangannya mencukupi atau terdapat cukup bahagian dalam mencalunkan Tengku Razalegh, sudah pasti Pak Lah terpaksa berdepan dengan pertandingan dan kemungkinan akan kalah.

Sindrom penafian dan ampu bodek pemimpin UMNO yang ada sekarang akan melingkupkan UMNO. Yang jelas jika Pak Lah terus kekal sebagai pemimpn UMNO, bermakna dalam PRU13 nanti UMNO akan lenyap dan tidak akan relevan lagi. Jika ada kesungguhan membuat perubahan, ruang masih ada lagi bagi UMNO dan BN tetapi ahli UMNO perlu bertindak berani.

Ruang untuk pembaharuan ini sudah dan boleh bermula dengan Pergerakan Pemuda UMNO. Yang jelas Khir Toyo dan Mukhriz telah menyatakan kesediaan mereka untuk menawarkan diri bagi jawatan Ketua Pemuda. Khairy masih membisu dan masih tak berani bersuara takut akan bahang yang akan melanda. Bagi membolehkan satu lawan satu, Khir Toyo dan Mukhriz harus membuat pakatan stategik untuk berdepan dengan Khairy dalam pemilihan akan datang.

Dengan penggantian kepimpinan Pemuda UMNO, sekurang-kurangnya ia akan menjadi petanda bahawa akan banyak lagi perubahan malah hingga pucuk pimpinan akan berlaku perubahan. InsyaAlah UMNO akan terus kekal relevan dalam masyarakat Malaysia...

Thursday, April 3, 2008

sebelum nasi menjadi bubur...

Hujung minggu lepas, selama empat hari saya di Sabah. Setiap hari semakin jelas melalui muka hadapan akhbar-akhbar di Sabah memaparkan betapa pemimpin parti politik di sana amat tidak berpuashati dengan perwakilan mereka dalam kabinet di peringkat persekutuan. Terdahulu, beberapa MP telah menolak tawaran sebagai Timbalan Menteri dan terdapat beberapa MP telah pun menemui PM mengenai hal yang sama.

Kelembapan bertindak dan tidak sensitif terhadap isu berbangkit dari pihak PM akan mengundang padah. Kita tahu sejarah dan kebolehan MP dan rakyat di Sabah dalam menukar kerajaan pada masa-masa yang lampau. Tidak mengejutkan perkara yang sama mungkin akan berlaku lagi di sana.

Siapa yang menasihati PM masa kini????? sebelum nasi menjadi bubur, sekarang masa untuk bertindak!