Sunday, May 25, 2008

Tan Sri Mahyuddin Yassin

Sekali lagi Tan Sri Mahyuddin Yassin (TSM) menyatakan pendiriannya mengenai kepimpinan UMNO masa kini. Jelas, TSM memberi isyarat kepada semua ahli-ahli UMNO bahawa telah sampai masanya kepimpinan UMNO di tukar dan lebih dari itu beliau juga telah bersedia memulakan langah. Beliau menyebut secara jelas bahawa Pak Lah tidak akan dapat mengurus krisis yang ada dan ia perlu berundur. Beliau juga menyeru supaya ahli UMNO menerima hakikat dan tidak lagi berada dalam sindrom penafian tentang kekuatan UMNO.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah mengenai etika anjuran UMNO Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Implikasi dari pandangan di atas, jelas, ahli UMNO harus menerima realiti bahawa Presidennya perlu 'mengundur diri' dan jika perlu 'di ganti'. Jika di teliti adalah jelas TSM amat bersedia terus ke jawatan Presiden jika Timbalan yang ada sekarang masih lagi berdolak-dalik. Melihat perkembangan terbaru, jelas, Dato seri Najib juga telah memulakan langkahnya yang penuh sopan tetapi membawa maksud yang hampir sama. Nah, sekarang kepadasemua ahli-ahli UMNO, tepuk dada tanya selera. Gendang telah berbunyi, di mana panglimanya........

2 comments:

jeanbara said...

Sdr,
Saya sangat berharap TSMY membuat keputusan segera mengenai kerusi mana dia nak menghala. Sekurang-kurangnya berikan signal yang jelas. Senang sikit nak buat kerja.

Ramli Mohd Yunus said...

Jeanbara, mengkuang,

Rasa rasa nya TSMY ini akan ke tangga kedua..timbalan la tu.

Saya bersama beliau, dan saya yakin saudara berdua jua.

Ramli Mohd Yunus
ramli-dap.blogspot.com