Tuesday, June 17, 2008

bila tarikhnya?.....

Hampir dua minggu telah berlalu. Harga minyak hanya akan menjadi satu sejarah dan tidak mungkin akan kembali turun. Pengumuman demi pengumuman mengenai subsidi dan lain-lain dasar di buat oleh kerajaan yang semakin bercelaru. yang jelas pembayaran balik di pejabat Pos hanya untuk sekali selama setahun ini sahaja. Mulai tahun hadapan penderitaan akibat harga minyak ini bakal di tanggung oleh rakyat selamanya.....Kenaikan lain perkhidmatan dan barangan akibat dari kenaikan harga minyak ini baru bermula dan saya yakin ianya akan semakin ganas hari demi hari.. Kepada rakyat terbanyak kemana badan hendak di bawa????

Dalam sebulan yang lalu, pengumuman demi pengumuman di buat oleh Pak Lah mengenai isu peralihan kuasa kepada timbalannya. Yang jelas beliau akan terus mempertahankan kerusi Presiden UMNO dan akan kekal dengan jawatan Perdana Menteri Malaysia. PM tidak memberi banyak pilihan kepada ahli UMNO dan juga rakyat.

Persoalan kepimpinan negara, pembentukan dasar ekonomi, pengurusan keawangan negara dan pembentukan negara bangsa di Malaysia memerlukan kepimpinan baru dari sgei imej, perwatakan, pendekatan polisi dan pengurusan negara amnya. Yang demikian tidak ada yang lebih kurang, hanya dengan pengunduran diri PM yang ada sekarang baru negara ini boleh memberi sedikit harapan kepada rakyat bagi menghadapi zaman yang penuh dengan kegelapan ini.. Samalah kita berdoa moga PM yang ada sekarang terbuka hatinya untuk berambus dalam masa yang terdekat ini!!! Bila tariknya??

1 comment:

mat_terab said...

Inilah pemimpin yang bodoh memerintah....
Dah tau penaik harga minyak mesti masalah lain akan bertimbun-timbun datang hampa buat juga.....
lepas tu mula la kalut, kalau hampa dapat selesaikan tak pa jugak, ni kata nak kawal harga barang tapi naik serupa tu juga....hampa tak payah nak kencing rakyat la............