Saturday, June 7, 2008

Keluhan hati rakyat......

Dari Blog Dato ahmadatalib.blogspot.com

* kerajaan kita tak berhati perut!
* tak boleh buat beransur-ansur kah?
* saya pakai kereta Perodua Kancil. Kenaikkan ini menjejaskan hidup saya
* kalau macam ni, macam mana nak pergi cuti dan jalan-jalan cari makan
* What! They think we are millionaires ah!
* I regret voting the Barisan Nasional and put them back into power
* Is this how they return our faith and trust?
* BN menang pilihanraya, rakyat menderita
* Memang betullah orang kata BN tu maknya Barang Naik!
* Kalau ya pun nak naikkan harga, takkan tak boleh buat berperingkat
* Dahlah naikkan harga minyak, RTM pula cuba nak bagi hati kita sedap tetapi mereka tak ikhlas
* Tak boleh pakailah dia ni!
* Kita kena ajar BN di pemilihan akan datang
* Menteri memang mudah cakap, tetapi kita rakyat biasa yang bisa
* Dengan cara macam ni BN harap nak kembali berkuasa di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor? Pergi jalan dah!
* Kerajaan dah bayangkan nak naik harga, tetapi tak sangka sampai begini!
* Apa dah jadi?

Mungkin apa yang disebut di atas adalah cetusan rasa hati yang tinggal di bandar, yang makan gaji, yang berniaga dan mampu memiliki kereta.

Di kampung, petani, nelayan, penoreh, pesawah yang pendapatannya hanya bermusim lagi teruk. Yang jelas setiap kali kenaikan harga kerajaan akan mengumumkan subsidi atau kawalan kepada barang perlu keperluan majoriti penduduk luar bandar. Kepada orang kampung persoalan asas berikut menjadi perkara yang cukup penting;

- beras, gula, minyak, tepung, ikan, ayam, sayuran.....
- tambang bas, teksi, minyak motosikal....
- pakaian, kain baju, keperluan anak-anak...
- peralatan mencari makan- baja, racun,jaring.......
- kos upah di sawah....
- lain-lain kos untuk kualiti hidup..

Kegagalan menyelesaikan persoalan subsidi kepada kumpulan sasar yang tepat akan menyebabkan malapetaka kepada majoriti rakyat. Kesluruhan kualiti hidup majoriti rakyat sedang menurun. Kepada majoriti rakyat kemunculan zaman meleset semakin hampir. Moga masa depan yang semakin negatif dapat menjadi lebih positif kepada sebahagian majoriti rakyat di kampung.

1 comment:

Ramli Mohd Yunus said...

Rakyat sudah tidak ada tempat dihati pemimpin selagi tidak menjadi perwakilan untuk mendapat undi.

Rakyat juga hanya untuk meramaikan majlis yang dihadiri pemimpin.

Rakyat akan jadi rakan dan sahabat pemimpin kalau boleh menjadi `rakan kongsi' secara rahsia!!