Wednesday, June 18, 2008

Isnin 23 Jun 2008-Undi tidak percaya kepada PM

Difahamkan SAPP (2MP), PBS (3MP) dan UPKO (4MP) dari Sabah akan membuat kejutan samada keluar dari BN atau pun membuat usul undi tidak percaya pada PM. Difahamkan juga semua pembesar UMNO sedang berada di Kota Kinabalu pada masa kini..

Krisis kepimpinan kerajaan Malaysia kini berada di ambang yang cukup bahaya. Apakah orang-orang UMNO ingin melihat kerajaan BN dan UMNO hari ini tumbang dengan cara ini.? Apa yang akan berlaku adalah manifestasi ketidakpuasan hati rakyat dan juga rakan kongsi BN terhadap kepimpinan seorang PM yang secara kebetulan dari UMNO. Apakah kita masih lagi dalam keadaan menafikan ketidakpuasaan hati rakyat terhadap kepimpinan ini.?

Yang penting, persoalan ini boleh diselesaikan dengan mudah, hanya di peringkat UMNO. Jika pihak ahli MKT UMNO boleh membuat keputusan yang tegas dan menetapkan tarikh pengunduran Presiden dan proses penggantian kepimpinan diperjelaskan secara jelas, krisis saperti ini tidak akan berlaku. Jika UMNO memilih untuk mengikut kata Presiden dan PM masa kini, kita tidak akan terkejut UMNO akan tumbang lebih awal dari PRU13. Pak Lah blah lah segera sebelum lebih banyak musibah yang akan menimpa orang melayu di bumi ini!

1 comment:

mat_terab said...

Bagus la hampa penaik lagi harga minyak, harga gas ka, harga barang lain ka.....kita tengok biar rakyat marah lagi kat hampa lekas sikit hampa berkubur umno/bn.....